Saturday 19 February 2011

Tahukah anda???

 Warna Rambut dan Hukumnya

      Perbuatan mewarnakan rambut dengan inai atau apa saja bahan yang halal tidak dilarang oleh Islam cuma perkara yang dilarang ialah menggunakan bahan yang mungkin menghalang air daripada terkena pada rambut.Apa yang perlu diperhatikan di sini bahawa tujuan mewarnakan rambut itu ialah untuk memperelokkan lagi rambut dan menyihatkannya.Jika warna yang diletakkan pada rambut itu boleh menimbulkan aib seperti mewarnakannya dengan warna hijau, jingga dan sebagainya, sudah tentu ini menyimpang daripada maksud sebenar keharusan berkenaan yang disebut dalam sebuah hadis bermaksud, “Barangsiapa yang ada rambut hendaklah dia menjaganya dengan sempurna”.

Solat Witir

   MASUK waktu witir ialah selepas menunaikan solat Isyak dan habis waktunya pula apabila Subuh.Sekiranya seseorang berniat untuk bangun malam, dia mempunyai dua pilihan sama ada berwitir selepas tarawih kerana meraikan jemaah atau membuat sendirian pada waktu malam.Kedua-dua cara berkenaan adalah sah. Perkara yang dilarang cuma mengulangi witir dua kali, iaitu solat sesudah tarawih dan kemudian bila bangun di tengah malam, diulang lagi witir.Sekiranya mahu berbuat lagi witir di tengah malam, pastikan anda lakukan cuma dua rakaat berjemaah dan bila bangun malam, disambung lagi satu rakaat witir.

No comments:

Post a Comment